Sunday, July 26, 2009

SAJAK MALAM

SAJAK MALAM
Telah terjali TUHAN yang ESA,
Tubuh Muhammad dalil yang nyata,
Di dalam dunia penghulu kita,
Di akhirat kelak dialah raja.

Mertabat AHDIAH bernama zat,
Muhammad zahir martabat,
Baitul Makmur dinamai tempat,
Di situlah tawaf sekelian Malaikat.

WAHDIAH nyata yang kedua,
Inilah Adam bapa manusia.
Dijadikan TUHAN yang maha kuasa,
Dinikahkan pula dengan Siti Hawa

LATA’IN mertabat AHDIAH,
Ta’ain awal nyata Muhammad,
Di Ta’ain thani Adam makhlukat,
Daripada dialah zahir zuriat.

Bacalah tuan ayuhai sahabat,
Seloka ini jalan saupiat,
Iman, Islam, tauhit, makrifat
Sukar dicari payah di dapat

Mencari harta wajib ke adat,
Bila banyak wajibkan zakat,
Ilmu menghantar ke negeri akhirat
Melihat TUHAN tiada berjihat.

Malam ini malam juma’at,
Besok malam, malam sabtu,
Apabila terjali sifat Muhammad,
Tubuh yang dua menjadi satu.

Malam ini malam sabtu,
Besok malam, malam ahad,
Tubuh yang dua menjadi satu,
Barulah tahu nafi, asbat.

Malam ini malam ahad,
Besok malam, malam isnin,
apabila mengetahui nafi asbat,
sempurnalah kita menjadi mukmin.

Malam ini malan isnin,
Besok malam, malam selasa,
Sempurnalah kita menjadi mukmin,
Pengenalan sampai kepada TUHAN yang ESA.

Malam ini malam selasa,
Besok malam, malam rabu,
Pengenalan sampai kepada TUHAN yang ESA
Dapatlah beza amal dan ilmu.

Malam ini malam rabu,
Besok malam, malam khamis,
Dapatlah beza amal dan ilmu
Lihatlah Qur’an dan Hadith

A.TALIB BIN HJ AHMAD
BUKU FALSAFAH DIRI(RISALAH ROHANIAH)

No comments:

Post a Comment